Sunday, January 13, 2019

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah

1. JADI  SUKARELAWAN / ‘VOLUNTEER

Sekiranya anda gemar dalam aktiviti kemasyarakatan, alam persaraan adalah masa yang paling sesuai untuk diluangkan bagi membantu golongan yang memerlukan.Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti aktiviti gotong-royong, memberi makan kepada golongan fakir miskin, membantu di perpustakaan atau hospital, 
2. .HOBI
Hobi bukan sekadar mengisi masa lapang anda tetapi juga membolehkan anda berkenalan dan berinteraksi dengan kenalan baru yang mempunyai minat yang sama. Ini kerana perhubungan anda dengan rakan-rakan sekerja mungkin anda berkurangan kerana mereka masih sibuk dengan alam pekerjaan mereka.

3. LAZIMI MAJLIS ILMU DI MASJID

Pernahkah terlintas di hati anda sewaktu di zaman muda, “Nanti dah tua, barulah beribadat.”? Inilah waktu yang paling sesuai untuk anda melakukan aktiviti kerohanian kerana anda masih mempunyai kekuatan fizikal dan masa untuk mempelajari ilmu berkaitan keagamaan.

4. BERJALAN KELILING DUNIA

Semasa sibuk bekerja dulu, cukup susah untuk dapat cuti panjang. Sekarang, bila sudah bersara, boleh ajak pasangan untuk bercuti dan berjalan mengelilingi dunia.Jika belum menunaikan umrah dan Haji,

5. MENGAJAR ILMU SECARA PERCUMA

Tentu sekali anda ada satu kemahiran yang lain dari yang lain semasa bekerja dahulu. Contohnya, jika bersara sebagai pengurus, mesti pandai tentang pengurusan masa dan pekerja

6. CUBA SERTAI MARATHON

Sebagaimana yang anda sedia maklum, golongan yang berusia lebih mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit di mana kos perubatan adalah sangat tinggi. Oleh itu aktiviti fizikal seperti bersukan membantu anda mengurangkan risiko penyakit dan baik untuk kesihatan secara menyeluruh..

7. CARI PEKERJAAN BARU, CUBA KERJAYA YANG LAIN

Kos sara hidup yang tinggi – Tidak dinafikan bahawa anda mempunyai wang simpanan, wang pampasan atau wang pencen untuk persaraan anda tetapi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, adalah lebih selamat jika anda tidak bergantung sepenuhnya kepada wang tersebut dan mempunyai sumber pendapatan tambahan bagi menampung kehidupan harian. Setidak-tidaknya, kena fikir bagaimana mahu jana pendapatan selepas pencen.perancangan selepas pencen
8. CUBA-CUBA BERNIAGA
Dengan adanya pelbagai teknologi semasa, anda boleh menjalankan perniagaan di rumah melalui Internet. Berikut adalah beberapa cadangan perniagaan / bekerja sendiri: –Perniagaan dropshipping atau affiliate dengan menjual produk secara online,Pemandu Grab atau Uber pada masa lapang,Menulis blog atau memulakan channel YouTube,Bertukang atau membaiki peralatan elektrik

8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah

1. JADI  SUKARELAWAN / ‘VOLUNTEER

Sekiranya anda gemar dalam aktiviti kemasyarakatan, alam persaraan adalah masa yang paling sesuai untuk diluangkan bagi membantu golongan yang memerlukan.Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti aktiviti gotong-royong, memberi makan kepada golongan fakir miskin, membantu di perpustakaan atau hospital, 
2. .HOBI
Hobi bukan sekadar mengisi masa lapang anda tetapi juga membolehkan anda berkenalan dan berinteraksi dengan kenalan baru yang mempunyai minat yang sama. Ini kerana perhubungan anda dengan rakan-rakan sekerja mungkin anda berkurangan kerana mereka masih sibuk dengan alam pekerjaan mereka.

3. LAZIMI MAJLIS ILMU DI MASJID

Pernahkah terlintas di hati anda sewaktu di zaman muda, “Nanti dah tua, barulah beribadat.”? Inilah waktu yang paling sesuai untuk anda melakukan aktiviti kerohanian kerana anda masih mempunyai kekuatan fizikal dan masa untuk mempelajari ilmu berkaitan keagamaan.

4. BERJALAN KELILING DUNIA

Semasa sibuk bekerja dulu, cukup susah untuk dapat cuti panjang. Sekarang, bila sudah bersara, boleh ajak pasangan untuk bercuti dan berjalan mengelilingi dunia.Jika belum menunaikan umrah dan Haji,

5. MENGAJAR ILMU SECARA PERCUMA

Tentu sekali anda ada satu kemahiran yang lain dari yang lain semasa bekerja dahulu. Contohnya, jika bersara sebagai pengurus, mesti pandai tentang pengurusan masa dan pekerja

6. CUBA SERTAI MARATHON

Sebagaimana yang anda sedia maklum, golongan yang berusia lebih mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit di mana kos perubatan adalah sangat tinggi. Oleh itu aktiviti fizikal seperti bersukan membantu anda mengurangkan risiko penyakit dan baik untuk kesihatan secara menyeluruh..

7. CARI PEKERJAAN BARU, CUBA KERJAYA YANG LAIN

Kos sara hidup yang tinggi – Tidak dinafikan bahawa anda mempunyai wang simpanan, wang pampasan atau wang pencen untuk persaraan anda tetapi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, adalah lebih selamat jika anda tidak bergantung sepenuhnya kepada wang tersebut dan mempunyai sumber pendapatan tambahan bagi menampung kehidupan harian. Setidak-tidaknya, kena fikir bagaimana mahu jana pendapatan selepas pencen.perancangan selepas pencen
8. CUBA-CUBA BERNIAGA
Dengan adanya pelbagai teknologi semasa, anda boleh menjalankan perniagaan di rumah melalui Internet. Berikut adalah beberapa cadangan perniagaan / bekerja sendiri: –Perniagaan dropshipping atau affiliate dengan menjual produk secara online,Pemandu Grab atau Uber pada masa lapang,Menulis blog atau memulakan channel YouTube,Bertukang atau membaiki peralatan elektrik

Monday, May 8, 2017

PERJANJIAN KERJASAMA (SUB KONTRAKTOR)

Nombor Projek : 003 / SURAT KONTRAK KERJA / VI / 2017
Pada hari ini Rabu bersamaan 11 haribulan Mei 2017 bertempat di Taman Sri Ampang,Selangor, kami yang bertanda tangan dibawah ini :
Nama                     : ABDUL RAHMAN BIN YUSOF
Jabatan                  : Pemilik Syarikat Rahman Sdn Bhd
Alamat                  : Jln Desa, Bandar Baru Ampang, Selangor
Bertindak untuk dan atas nama Pemilik Syarikat Rahman SDN. Bhd Yang selanjutnya disebut sebagai pihak 1 ( pihak pertama ).
Nama                    : MOHAMAD NURMUSTAQIM
Jabatan                 : Sub kontraktor ( Syarikat Basri Construction )
Alamat                  : Jln 4, Taman Kosas, Ampang, Selangor
Bertindak untuk dan atas nama Sub Kontraktor Yang selanjutnya disebut sebagai pihak 2 ( pihak kedua ).
Dengan ini menerangkan bahwa semua pihak setuju dan sepakat untuk mengadakan Perjanjian Kerjasama ( Sub Kont ) dengan menggunakan ketentuan – ketentuan dan syarat – syarat sebagai berikut :
RUANG LINGKUP KERJASAMA
Pasal 1
Semua pihak telah sepakat dan setuju untuk mengadakan suatu perjanjian kerjasama dalam perlaksanaan Projek milik pihak 1 kepada pihak ke 2 ( Sub Kontraktor ) dalam menjalankan sebuah projek pembangunan / pekerjaan sbb :
Nama Package       : Pembangunan Lanjutan Bagunan Sekolah
Lokasi                    : Hulu langat ,Kajang
No. Kontrak        : : 007 / SURAT KONTRAK KERJA / V /2017
Tgl Kontrak         : 30 Jun 2017
Nilai Kontrak      : RM 285.000,- ( Dua Ratus Lapan Puluh Lima Ribu Ringgit Malaysia )
PERLAKSANAAN PROJEK
Pasal 2
Kedua belah pihak akan bertanggung Jawab dari segi persetujuan yang diatur dengan beberapa ketentuan dibawah ini :
  • Semua pengeluaran dana untuk keperluan pembangunan dilakukan melalui pengajuan dari pihak 2 ( Kedua ) dan harus disetujui oleh pihak 1 ( pertama ) yang akan dikeluarkan dalam anggaran biaya dengan waktu yang akan ditentukan sesuai dengan kesepakatan kedua belah pihak.
  • Seluruh bentuk pekerjaan dapat diajukan oleh pihak kedua ( kedua ) dengan melalui persetujuan secara mutlak dari pihak 1 ( pertama ) dapat menentukan seluruh sub pekerjaan yang akan dilaksanakan.
  • Jumlah nominal yang dipersetujui dalam perlaksanaan Projek dan sesuai dengan anggaran yang telah disepakati adalah sebanyak RM 85.000,- ( Lapan Puluh Lima Ribu Ringgit )
KOMPENSASI
Pasal 3
3.1. Pihak 2 ( kedua ) akan mendapatkan Kompensasi dari pihak 1 ( pertama ) berupa :
  • Pembayaran untuk seluruh pekerjaan dari persiapan sampai dengan penyelesaian projek pembangunan serta pengawasannya, yang akan dibayarkan sesuai terma sebagai berikut :
  • Termyn I : 30% setelah pekerjaan selesai 30%
  • Termyn II : 25% setelah pekerjaan selesai 55%
  • Termyn III : 25% setelah pekerjaan selesai 80%                                                                      
  • Termyn II : 20% setelah serah terima pekerjaan/projek
3.2. Pihak 1 ( pertama ) akan mendapatkan Kompensasi dari pihak 2 ( kedua ) berupa :
  • Pengerjaan pembangunan serta pengawasan pembangunan sesuai dengan spesifikasi bahan yang digunakan ( sesuai dengan anggaran) serta mengacu kepada target waktu yang telah disepakati bersama.
LINGKUP PEKERJAAN
Pasal 4
Kedua belah pihak akan melaksanakan tugas dan tanggung jawabnya berkaitan dengan pelaksanaan pembangunan projek,sebagai berikut :
  • Pihak 1 ( pertama ) yang berhak menentukan item pekerjaan yang akan dilaksanakan oleh pihak 2 ( kedua ), adapun item pekerjaan yang telah disepakati untuk dilaksanakan oleh pihak 2 ( kedua ) terdapat pada lampiran :
  • Pihak 2 ( kedua ) harus membuat perancangan dan pemilihan bahan untuk diaplikasikan dalam bentuk bangunan / pekerjaan lain melalui pengawasan serta persetujuan pihak 1 ( pertama )
  • Pihak 2 ( kedua ) bertanggung jawab penuh terhadap penggunaan dana yang telah dipersetujui secara maksimum untuk kelancaran dan penyelesaian pekerjaan.
  • Berkewajiban melaksanakan seluruh jadual pekerjaan sesuai dengan target waktu yang telah ditentukan
  • Mentaati semua peraturan tata tertib pembangunan / pekerjaan yang diberikan oleh pihak      1 ( pertama ).                                                                                                                       
  • JANGKA WAKTU.
  • Pasal 5
Kedua belah pihak sepakat bahwa pelaksanaan pekerjaan akan dimulai pada : 30 Jun 2017 dan      diselesaikan pada : 30 Desember 2017
PENGALIHAN PEKERJAAN
Pasal 6
Kedua belah pihak sepakat untuk tidak mengalihkan perjanjian kerjasama ini kepada pihak manapun, kecuali dengan persetujuan pihak 1 ( pertama )
KETENTUAN PERJANJIAN
Pasal 7
7.1. Pelanggaran perjanjian ( target waktu ) pelaksanaan pekerjaan yang telah disepakati akan berakibat pengurangan jumlah nominal dari total nilai yang didapat oleh pihak 2 ( kedua ) sebesar 5% per/ bulan dari target yang telah ditentukan oleh pihak 1 ( pertama ).
7.2. Apabila pada saat perjanjian ini berakhir dan/ atau dibatalkan, masih terdapat kewajiban yang belum diselesaikan oleh masing – masing pihak , maka ketentuan – ketentuan dalam perjanjian ini tetap berlaku sampai diselesaikannya hak dan kewajiban masing – masing pihak.
TAMBAHAN PERJANJIAN
Pasal 8
Apabilan ada beberapa pasal tambahan setelah ditandatangani perjanjian ini, maka perjanjian tambahan akan diberlakukan sebagai Adendum ( perjanjian tambahan ) setelah dipersetujui oleh semua pihak
PENYELESAIAN PERSELISIHAN
Pasal 9
Apabila terjadi perselisihan antara kedua belah pihak, maka kedua belah pihak sepakat untuk menyelesaikan secara musyawarah untuk mufakat, apabila tidak tercapai penyelesaian secara musyawarah untuk mufakat, masing – masing pihak sepakat untuk menempuh jalur hukum yang berlaku.
FORCE MAJURE

Pasal 10
Apabila terjadi gempa, bencana alam, tanah longsor atau semua kejadian yang disebabkan oleh alam yang akan menyebabkan gagalnya / tertundanya perjanjian ini maka kedua belah pihak sepakat untuk meninjau kembali perjanjian yang telah dibuat.
PENUTUP
Pasal 11
Surat perjanjian kerjasama ini telah dibaca, difahami dan dipersetujui  oleh kedua belah pihak pada hari ini dan tanggal tersebut pada surat perjanjian kerjasama ini, dibuat sebanyak rangkap 2 ( dua ) dan dibubuhi tanda tangan sebagai tanda kesepakatan bersama tanpa ada tekanan dan unsur paksaan dari pihak manapun dan mempunyai kekuatan hukum yang sama.


Tanda tangan pihak pertama.                                                           Tanda tangan pihak kedua





Saksi Pihak Pertama.                                                                          Saksi pihak kedua.




Saturday, April 8, 2017

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA

Ramai tidak menyangka bagaimana orang zaman dahulu mereka mendapatkan rawatan sedangkan peralatan perubatan dan jenis ubat tidak secanggih zaman sekarang.Jika dilihat secara fizikal keadaan kesihatan mereka lebih baik walaupun dalam keadaan serba kekurangan`Dibawah terdapat beberapa petua dan amalan peninggalan mereka untuk kita warisi.
1) *Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu*.
- Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
- Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.
2) - *Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut*.
- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat
3) *Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit*.
- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh
4) *Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri*
- Surah Al - Baqarah, ayat 102
5 ) *Resdung*
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
- Surah Al - Anbya', ayat 83
6) *Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)*
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
- Surah At- Taubah ayat 14
&
- surah Al - Hashr ayat 21
7) *Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita*
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari
- Surah An -Nahl, ayat 69
8) *Angin pasang*
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini
- Surah Al - Isra', ayat 82
- Surah Al - Hashr, ayat 21
- Surah Ash - Shua'ra' ayat 70
9) *Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung*
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)
Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.
10) *Susah tidur malam*
- Surah Al - kahf, ayat 11
11) *Angin dalam badan, sakit - sakit sendi*
- Surah - fussilat, ayat 44
12) *Merawat histeria*
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang     belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
- As saffat , ayat 7
[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Friday, April 7, 2017

ANALISIS DIRI SENDIRI UNTUK BERJAYA

Siapakah diri kita sebenarnya?
Diri kita sebenarnya terdiri dari tiga orang
               
(We are three person)
Anggapan kita tentang diri sendiri
Diri kita dari kacamata orang lain
Diri kita sebenarnya

ASPEK PENILAIAN

1.             MEMAHAMI DIRI SENDIRI
                Apakah kita merasa bahawa kita telah benar-benar mengenali diri kita sendiri? Apakah yang menjadikan kita seorang yang cekal dan kebal menghadapi dugaan dan cabaran? Menyedari akan kelemahan dan kekuatan diri kita.
2.             MOTIVASI
                Adakah kita mempunyai kemahuan, semangat yang membara dan keyakinan diri untuk berusaha mencapai segala matlamat yang kita ingini walaupun terpaksa mengharungi segala rintangan dan kekecewaan yang berada di hadapan kita ?
3.             DISIPLIN DIRI
                Bolehkah kita mengeluarkan segala kekuatan dalaman (inner strength) yang berada di dalam diri kita untuk mengawal diri kita sendiri yakni melawan perasaan demi mencapai matlamat godaan yang mana boleh kita atau mengalihkan kita ke tempat yang kurang produktif atau yang boleh menjatuhkan kita?
4.             KEIMANAN
                Apakah kita mempunyai asas keimanan yang cukup kuat di dalam diri kita? Keimanan dan ketakwaan merupakan pedoman dan pegangan hidup kita ke arah mencipta kejayaan.
5.           KEYAKINAN
                Adakah kita percaya kepada diri kita sendiri dan kebolehan yang berada dalam diri kita untuk mencapai apa jua yang telah dirancang?
6.            PERSONALITI (DAYA TARIKAN)
                Apakah kita memiliki personaliti yang membuat orang merasa selesa dan senang (comfortable) akan kehadiran kita? Imej diri (self image) yang sebagaimana ingin kita tonjolkan mengenai siapakah diri kita yang sebenarnya? Imej diri adalah aset yang paling berharga pada diri kita.
7.             MENGUASAI EMOSI
                Bolehkah kita melawan atau menahan emosi yang mana sekiranya kita gagal menguasai akan membawa akibat tidak baik kepada diri sendiri dan juga mengagalkan dari mencapai cita-cita kita?
8.             SIKAP KITA
                Apakah kita mempunyai sikap positif dalam menjalankan tugas-tugas atau ketika menghadapi masalah? Sikap negatif akan mematikan semangat dan memundurkan diri kita.
9.             TAHAP TENAGA
                Bolehkah kita membekalkan tenaga yang berterusan bagi membolehkan kita bekerja keras untuk mencapai matlamat kita?
                SOALNYA : Bagaimana kita dapat memperolehi dan mengekalkan tenaga dan kekuatan sepanjang masa?
10.           SEMANGAT, KECERGASAN, KEGIRANGAN (ENTHUSIASM)
                Adakah kita menghadapi segala tugas dan aktiviti dengan bersemangat, cergas dan perasaan riang dan memberi gambaran begini kepada orang lain secara berterusan (kebiasaan) apabila berkomunikasi? Mampukah kita mempengaruhi atau merubah suasana atau seseorang dengan semangat kegirangan, keramahan dan ‘charisma’ kita?
11.           BERFIKIRAN KREATIF
                Apakah kita selalu berfikiran atau menggunakan minda kita sepenuhnya untuk mencari jalan menyelesaikan segala kesulitan hidup, menggunakan idea-idea baru dan apa jua strategi untuk menyelesaikan dan mengatasi segala masalah dan kesukaran?
                NOTA:  Kita boleh merubah hidup kita dengan merubah cara kita berfikir.
12.          STANDARD DAN UKURAN TARAF
                Adakah kita mempunyai `standard’ ataupun ukuran taraf yang tinggi kepada diri kita dan juga         kepada orang lain? Ataupun kita tidak ada dan tidak pedulikan `’standard’ kita langsung. Yang terpenting ialah menjaga imej diri.
13.          MATLAMAT
              Apakah kita mempunyai matlamat hidup yakni arah tujuan atau cita-cita masa depan yang ingin kita jadikan kenyataan? Tanpa matlamat yang jelas, hidup kita akan terumbang-ambing dan hanyut dalam arus kehidupan. Matlamat dan perancangan adalah kompas ke arah kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.
14.          PENGURUSAN MASA
                Apakah kita mempunyai pengurusan masa yang tersusun rapi yakni dirancang sepenuhnya? Dapatkah kita membezakan antara kesegeraan, kepentingan, tidak penting dan tidak segera?

- Sebab Apa Kita Diuji

Jawapannya mudah - supaya kita berubah. Kita tak akan berubah jika kita tidak ada sebab untuk berubah dan apa tujuan perubahan kita. Kita akan kekal dengan sikap lama, perangai lama, mindset lama yang menyebabkan kita tidak mencapai apa-apa.Andai kata kita menerima ujian, tak kiralah dalam apa jua bentuknya, sama ada ujian kewangan, ujian dalam bentuk permasalahan, ujian emosi, kena sabar. Sabar perkara paling utama sebab orang cemerlang dan orang berjaya, dia sentiasa mendahulukan sabar.Orang yang tidak penyabar, dia bukan orang cemerlang. Anda boleh perhati sikap camni kat mana-mana.Orang yang tak sabar akan cenderung menyalahkan takdir kerana memberikannya ujian yang dia sendiri tak minta. Sebenarnya, ujian itu diturunkan untuk membuat dia berubah menuju kejayaan, cuma dia sendiri tak faham-faham.Kesimpulannya, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya sedar Islam mahu kita maju, supaya kita dapat menyumbang sesuatu kepada orang-orang dalam komuniti kita juga ummah keseluruhannya.Bersangka baiklah dengan ujian Tuhan, laluinya, ubah diri ke tahap lebih baik, kita akan saksikan diri kita berjaya mencapai tahap kejayaan tanpa kita sendiri sedari.

KONSEP PEMASARAN

Konsep pemasaran mengatakan bahawa kunci untuk mencapai tujuan organisasi terdiri dari penentuan keinginan sasaran pasaran serta memberikan kepuasaan yang diharapkan secara lebih efektif dan efisien dibandingkan para pesaing.
Konsep pemasaran yang telah diungkapkan dengan berbagai cara:
1. Kajian terhadap keinginan /kehendak pelangan.
2. Buatlah apa yang dapat dijual dan jangan berusaha menjual apa yang dapat dipenuhi.
3. Rapatkan diri dengan pelanggan, bukan hanya pada produk anda sahaja.
4. Lakukanlah menurut cara anda tersendiri
5. Andalah yang menentukan bentuk pasaran yang sesuai
6. Melakukan segalanya dalam batas kemampuan untuk menghargai  pelanggan yang sarat dengan nilai, mutu dan kepuasan .
Dalam pemasaran terdapat enam konsep yang merupakan dasar pelaksanaan kegiatan pemasaran suatu organisasi yaitu : konsep pengeluaran, konsep barangan, konsep penjualan, konsep pemasaran, konsep pemasaran sosial, dan konsep pemasaran global.
1. Konsep pengeluaran Konsep produksi berpendapat bahwa konsumen akan menyukai produk yang tersedia dimana-mana dan harganya murah. Konsep ini berorientasi pada produksi dengan mengerahkan segenap upaya untuk mencapai efesiensi produk tinggi dan distribusi yang luas. Disini tugas manajemen adalah memproduksi barang sebanyak mungkin, karena konsumen dianggap akan menerima produk yang tersedia secara luas dengan daya beli mereka.
2. Konsep barangan Konsep produk mengatakan bahwa penguna akan menyukai barangan yang menawarkan mutu, prestasi dan ciri-ciri yang terbaik. Tugas penumpuan disini adalah membuat barangan berkualiti, karana penguna dianggap menyukai barangan berkualiti tinggi dalam penampilan dengan ciri – ciri terbaik
3. Konsep penjualan Konsep penjualan berpendapat bahawa pelangan/penguna perlu didekati oleh organisasi dengan melaksanakan usaha penjualan dan promosi yang agresif.
4. Konsep pemasaran .Konsep pemasaran mengatakan bahwa khusus untuk mencapai tujuan organisasi terdiri dari penentuan kemampuan dan keinginan pasar sasaran serta memberikan kepuasan yang diharapkan secara lebih efektif dan efisien dibandingkan para pesaing.
5. Konsep pemasaran sosial Konsep pemasaran sosial berpendapat bahawa tugas organisasi adalah menentukan kemampuan, keinginan dan kepentingan pasar sasaran serta memberikan kepuasan yang diharapkan dengan cara yang lebih efektif dan efisien. Pengusaha tetap memenuhi atau meningkatkan kesejahteraan penguna dan masyarakat.
6. Konsep Pemasaran Global Pada konsep pemasaran global ini, pengurus eksekutif berupaya memahami semua faktor- faktor lingkungan yang mempengaruhi pemasaran melalui penumpuam strategis yang mantap. Tujuan akhirnya adalah berupaya untuk memenuhi keinginan semua pihak yang terlibat dalam perusahaan

Thursday, April 6, 2017

CONTOH SURAT PERMOHONAN KERJA


Nama Anda
Alamat surat menyurat
......................................................................................................
Pengurus Besar
Jabatan Sumber  manusia
(Nama Organisasi)
(Alamat Majikan)
                                                                                                                                    18 Mei 20..

Tuan/Puan

PERMOHONAN BAGI JAWATAN KOSONG
Saya seperti nama diatas ingin memohon jawatan yang berkaitan dengan bahagian teknikal yang ada di syarikat tuan.

Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan syarikat seperti syarikat tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dalam bidang pengeluaran di Malaysia.

Disini saya sertakan bersama resume. saya amat berbesar hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Sila hubungi saya di talian .......................... atau email.......................... untuk tindakan lanjut.

Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar,


............................................
Nama Anda
Email: namaanda@yahoo.com
Contoh

Tips surat permohonan kerja.
  • Jangan sesekali menghantar resume tanpa surat permohonan
  • Jangan bincang gaji yang dinyatakan dalam iklan surat permohonan
  • Jangan ulangi maklumat yang sedia ada dalam resume melaikan secara ringkas.
  • Jangan berikan gambaran umum tentang kualiti diri kamu dan pekerjaan yang lepas.
  • Jangan menyatakan tugas menggunakan kepupayaan kamu, sebaliknya apa yang kamu boleh lakukan dengan tugas itu (jadi seorang yang proaktif bukanya pasif)
  • Jangan memberikan maklumat palsu.
  • Jangan hantar surat atau resume salinan.

    PERSEDIAAN MENGHADAPI KERJAYA BARU.

    Persediaan  yang seharusnya dilakukan oleh kita adalah persediaan mental. Mental dan emosi yang tidak bersedia untuk bekerja hanya akan mengundang masalah ketika bekerja seperti sentiasa merungut, tidak suka dengan kerja dan sentiasa mudah kalah dengan cabaran ketika bekerja.

    Namun, bukanlah maksud penulis untuk bakal pesara supaya berehat semahu-mahunya selepas tamat perkhidmatan, tetapi mesej yang ingin disampaikan adalah ~ kita hendaklah sentiasa menajamkan persediaan mental, mendapat rehat yang cukup dan bersedia bahawa dunia pekerjaan amatlah mencabar di masa akan datang.
    Antara cara untuk membuat persediaan mental dan emosi adalah dengan mengetahui cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh para sahabat yang sudah bekerja, sentiasa mendapat rehat yang cukup sebelum bekerja dan mula memperlahankan aktiviti-aktiviti hiburan yang berlebihan yang boleh menjejaskan tahap prestasi kerja anda kelak. Adalah dibimbangi ketika sudah mendapat pekerjaan, kita masih terikut-ikut dengan budaya lama dulu yang banyak melepak, banyak berkaraoke hingga larut malam dan bermain games tanpa mengira masa.Dengan mula berfikir matang dan mula lebihkan fokus kepada alam pekerjaan, anda akan mula dapat menyesuaikan diri dalam dunia kerjaya serta dapat bekerja dengan bahagia dan gembira.
    Kesimpulannya, persediaan Temuduga,memahami budaya kerja diera zaman moden ini menggambarkan bahawa dunia kerjaya adalah dunia yang serius. Ia memerlukan kesungguhan dan komited dalam menyiapkan tugasan.Namun, janganlah melihat ia sebagai tekanan atau perkara yang membebankan, sebaliknya anggaplah ia cabaran untuk mematangkan diri dan mempersiapkan anda ke fasa yang lebih jauh seperti alam perkahwinan, mengembangkan harta dan memiliki kehidupan yang lebih selesa untuk dunia dan akhirat.

    Sunday, April 2, 2017

    Langkah awal Memulakan Perniagaan

    Untuk menjadi usahawan pula, tidak semestinya anda menjadi usahawan sepenuh masa. Boleh jadi anda bekerja makan gaji sambil mempunyai perniagaan sampingan. Saya sendiri kenal ramai pelanggan kami di Pusatborong.com yang bekerja makan gaji dengan gaji RM 1500-3000 tetapi mereka mempunyai pendapatan sampingan yang mencecah sehinggan RM 15,000 hanya dengan menjual produk secara sampingan. 

    Apakah persediaan yang perlu untuk memulakan perniagaan .

    1. Penyesuaian Diri dengan realiti semasa.
    Anda perlu menyesuaikan diri anda dengan realiti perniagaan pada hari ini. Jika dahulu kebanyakkan persaingan adalah dikalangan syarikat-syarikat besar. Kini dunia telah menjadi satu ruang tanpa sempadan yang rata. Persaingan berlaku antara syarikat kecil dan besar. Malah dalam sesetengah keadaan syarikat kecil lebih mendapat perhatian pelanggan berbanding dengan syarikat besar.Jadi anda tidak perlu risau tentang persaingan. Anda dan orang lain mempunyai peluang yang sama. Apa yang anda perlukan adalah untuk menjadi seorang yang sentiasa belajar dan meningkatkan kemahiran anda dalam bidang yang anda ingin ceburi.
    2. Mulakan niat anda untuk berniaga. 
    Setiap orang termasuk anda mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu yang unik. Cumanya ramai orang yang bekerja makan gaji tidak pernah mendalami perkara ini. Cuba tanya diri anda, apakah yang anda boleh buat dengan baik ? Jika tidak ada jawapan, cuba tanya rakan-rakan anda atau pekerja di tempat lama anda. Mungkin mereka boleh membantu anda mendapatkan jawapannya.Cuba mulakan kemahairan itu untuk digunakan dalam perniagaan. Adakah ia akan dapat sambutan daripada rakan anda.
    3. Kenal pasti apa barangan atau perkhidmatan 
    Cuba fikir apa barangan yang anda ada untuk dijual ? Saya bukan maksudkan barangan yang anda gunakan setiap hari. Maksud saya barangan yang anda boleh dapat dengan mudah atau murah berbanding dengan harga pasaran. Anda boleh mulakan dengan barangan yang ada di dalam portal Pusatborong.com ini. Mulakan dengan produk yang kosnya rendah terlebih dahulu untuk meminimakan modal anda. 
    4. Mulakan dengan meningkatkan kenalan atau jaringan.
    Senaraikan 100 orang yang anda kenal. Mulakan untuk berjumpa mereka setiap hari dan beritahu sedikit sebanyak mengenai perniagaan yang anda mulakan. Jika anda berjumpa dengan 3 orang sehari. Anda perlukan lebih 3 bulan untuk menghabiskan berjumpa dengan senarai 100 orang tadi.Dengan berjumpa mereka, anda sebenarnya telah meletakkan perkhidmatan anda dalam minda mereka. Mereka akan terfikir kepada servis yang ditawarkan ini jika mereka memerlukan. Ataupun mereka akan memperkenalkan anda kepada rakan mereka. Kaedah jumpa 100 orang ini adalah kaedah yang paling berkesan untuk memulakan pemasaran perniagaan.
    5. Adakah kita masih berpeluang?
    Setiap orang mempunyai masalah. Setiap orang mencari penyelesaian kepada masalah mereka. Begitu juga apabila berlaku satu-satu krisis atau bencana. Ia menyebabkan ramai orang terlibat dalam masalah. Namun dalam masa yang sama, ia juga membuka pintu peluang kepada orang lain.Ini sama juga dengan minat masyarakat. Semua kita mempunyai minat dan kita sering juga terikut-ikut dengan minat orang ramai kerana ini adalah sesuatu yang seronok untuk dilakukan secara bersama. Jadi setiap fenomena sesuatu minat ini sebenarnya akan memberi peluang kepada usahawan. 

    Monday, March 2, 2015

    FORMAT PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN


    ELEMEN-ELEMEN DALAM RANCANGAN PERNIAGAAN 
    Elemen-Elemen Dalam RP Yang Boleh Menjadi Garis Panduan Untuk Memulakan Sesuatu Projek Perniagaan.
    1.          Menentukan Objektif Perniagaan
         Memperoleh Keuntungan
            Keuntungan yang diperolehi boleh menunjukkan kejayaan. 
         Menjadi Usahawan Yang Berjaya
            Keseimbangan antara ciri-ciri usahawan dan perniagaan
        Memastikan Perniagaan Kekal Berdaya Saing
            Membuat kajian tentang pasaran sedia ada agar masa depan perniagaan dapat 
            berkembang dengan lebih baik
    2.          Membuat Strategi Pemasaran 
                Penyelidikan Pasaran
                   Mengenalpasti Kehendak Pelanggan
                Merancang Keluaran
                   Memasarkan barangan yang menepati keperluan dan kehendak pengguna
                   atau pelanggan
                 Memastikan Harga Jualan Sesuai Dengan Kemampuan Dan Kehendak
                    Pelanggan
                    Berdasarkan kos pengeluaran, keadaan pasaran, paras untung, mutu
                    barangan dan corak permintaan dan penawaran
                 Pemilihan Tempat Yang Sesuai Dan Strategi
                    Perniagaan mesti diletakkan di tempat yang mempunyai kuasa beli dan
                    kurang persaingan
                Menentukan Kaedah Promosi Yang Berkesan
                   Mampu memberitahu, menarik perhatian dan mempengaruhi supaya
                   membeli sesuatu barangan/perkhidmatan
    3.     Membuat Strategi Pelaksanaan 
          Pembahagian Tugas dan Tanggungjawab
             Setiap individu dalam syarikat perlu komited dalam menjalankan tugas 
             untuk menjayakan perniagaan
          Menentukan Jadual Pelaksanaan Projek
             Memastikan sesuatu projek dijalankan mengikut rancangan dan juga 
             digunakan sebagai panduan pelaksanaan  
    1.   Membuat Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan
                Merancang dan Meramal Anggaran Pendapatan Serta Perbelanjaan
                          Menggunakan penyata anggaran perbelanjaan dan pendapatan untuk            
              mengetahui dan menganggar sumber, jumlah dan masa, wang atau                    
              pendapatan yang diterima dan meramalkan jumlah wang dan masa yang                
              diperlukan untuk pembayaran 
                 Mengetahui Keupayaan Perniagaan
                    Menyediakan penyata ini setiap masa untuk mengetahui keupayaan tunai 
                    sesebuah perniagaan

    FORMAT PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

                TAJUK RP

                ISI KANDUNGAN

                RINGKASAN ATAU SINOPSIS

                BAHAGIAN UTAMA

                SENARAI LAMPIRAN

                LAMPIRAN DOKUMEN

    ISI KANDUNGAN



    1.      PENGENALAN

    2.      RINGKASAN EKSEKUTIF

    3.      MAKLUMAT AM SYARIKAT

    4.      PEMASARAN

    5.      PENGELUARAN DAN OPERASI

    6.      PENGURUSAN

    7.      ASPEK KEWANGAN

    8.      SENARAI LAMPIRAN KEPADA LAPORAN

    9.      RUMUSAN

    10.  LAMPIRAN


    8 Aktiviti Selepas Pencen Yang Berfaedah, Supaya Tidak Rasa Bosan Di Rumah 1. JADI  SUKARELAWAN / ‘ VOLUNTEER ‘ Sekiranya anda gemar ...